Kerjaya Kamarul Ariffin Mohamed Yassin

Beliau kembali ke Malaysia pada 1961 dan bekerja sebagai pengamal undang-undang di Shearn, Delamore & Co. sebelum membuka firma guaman Ariffin & Ooi pada 1965. Pejabat guaman ini terletak di Tingkat 5, Bangunan Bank Bumiputera, Jalan Melaka, Kuala Lumpur.

Pada 1976, beliau ditugaskan mengetuai Bank Bumiputra Berhad dan pada Mac 1982 beliau melepaskan jawatan Pengerusi Eksekutif setelah Bank Bumiputera menjadi bank terbesar di rantau Asia Tenggara dan saham-sahamnya dipindah milik dari kerajaan kepada Permodalan Nasional Berhad seperti dikehendaki menurut resolusi Kongres Ekonomi Bumiputra Pertama pada 1965. Selepas beliau , Datuk Nawawi Mat Awin dari Tambun menjadi pengerusi Bank Bumiputera. Skandal BMF meletup setelah pembunuhan Abdul Jalil Ibrahim pegawai kewangan Bank, di Hong Kong pada 1983. Pembelian bangunan Gammon House amat menjengkelkan.

Kamarul dilantik menganggotai Majlis Perunding Negara (semasa tiadanya Parlimen apabila kacau bilau berlaku pada 13 Mei 1969). Beliau juga dilantik sebagai Senator Dewan Negara selama sepuluh tahun.